Powered by Blogger.
RSS

MENTAFSIR DATA

MENTAFSIR MAKLUMAT / DATA

Adalah kemahiran untuk mentafsirkan data-data yang telah dikumpul berdasarkan jadual, carta dan gambarajah dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu pemerhatian, ujikaji dan pembolehubah.
Berikut adalah kata kunci atau ayat yang biasa diajukan pada soalan berkaitan dengan Kemahiran Mentafsir Data
 

Berikut adalah contoh soalan dan jawapan untuk menerangkan kemahiran mentafsir 
data:


Kemahiran
Contoh Jawapan
Pola / Corak
Menyatakan Pola / Corak yang dikumpul
Menaik , menurun atau mendatar
Tujuan
Menyatakan tujuan penyiasat
Menyiasat hubungan antara .....pm.... dengan .....pb........
Hubungan / Kesimpulan
Hasil/bukti kebenaran hipotesis setelah diuji melalui ekperimen
Semakin ..... pola.... ...pm......
Semakin .... pola ..... ... pb ....
Rumusan
Ulasan / penerangan lengkap yang melibatkan PM dan PB semasa ujikaji
Boleh menggunakan ayat yang sama sepertimana menjawab soalan hipotesis. Hubungan, kesimpulan














Suhu (ºC)
15
18
21
24
27
30
Bil Strawberi
14
17
22
22
22
19

Pola / Corak ( buat bacaan pada PB)
Menaik, mendatar dan menurun

Tujuan
Menyiasat hubungan antara suhu dengan bilangan strawberi

Hubungan/Kesimpulan
Semakin bertambah suhu
Semakin bertambah bilangan strawberi, sehingga suhu antara 21 dan 27 bilangan strawberi tidak berubah, dan menurun selepas suhu 27

Rumusan
Bilangan strawberi paling banyak jika ditanam pada suhu antara 21 ºC hingga 27 ºC.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MERAMAL


Meramalkan atau menjangkakan apa yang akan berlaku dengan mengektrapolasikan data yang diberi.
Murid perlu kenalpasti pola / corak data dan menggunakan kemahiran matematik untuk tujuan pengiraan

Contoh Soalan

Ahmad telah menanam dua pokok cili ke dalam 2 pasu yang berasingan. Pokok Cili di dalam Pasu A telah diletakan di bawah sinaran matahari manakala Pokok Cili dalam Pasu B ditutup dengan sebuah kotak hitam.

Ramalkan apa yang akan berlaku pada Pokok Cili dalam Pasu B selepas satu minggu?
Mati / layu



Bil Ketulan Ais
Suhu Air (ºC)
0
2
4
6
8
60
55
50
45
40


Ramalkan suhu air jika 12 ketulan ais dimasukan kedalam bekas tersebut?
Jawapan = 30 ºC
(Setiap 2 ketulan ais suhu air akan berkurang sebanyak 5ºC)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMERHATIAN & INFERENS


MEMBUAT PEMERHATIAN
Apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu ujikaji, fenomena, gambar rajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat


Pemerhatian:
1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B
2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A

MEMBUAT INFERENS

Suatu penerangan / sebab yang logik berdasarkan Pemerhatian yang telah dibuat terhadap sesuatu fenomena / peristiwa.

Inferens terbahagi kepada 2 :-

i. Inferens bebas/tidak terkawal - Sebarang Penerangan / Sebab / Alasan yang logik diperolehi daripada pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, atau pembacaan. Biasanya mempunyai lebih daripada 1 jawapan.

Contoh:


Pemerhatian:
1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B
2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A

Nyatakan satu inferans berdasarkan pemerhatian yang telah diberikan.
1. Lembu A tidak mendapat makanan yang cukup berbanding Lembu B.
2. Lembu A baka yang kecil berbanding Lembu B.
3. Lembu A berpenyakit berbanding Lembu B


ii) Inferens Terkawal/Jitu – Penerangan / Sebab /Alasan jelas yang telah ditetapkan dengan jawapan yang terhad. Jawapan bagi Inferens Terkawal boleh dirujuk kepada Pembolehubah Dimanipulasi (PM).


 
Gambar di atas menunjukkan seekor lembu yang diternak oleh Ahmad dalam tempoh lapan minggu

Pemerhatian
Lembu Ahmad lebih besar berbanding minggu pertama

Inferans
1. Mendapat makanan yang berkualiti berbanding sebelumnya.
2. Kandang lebih bersih berbanding sebelumnya.
3. Mendapat rawatan penyakit berbanding sebelumnya

PM(Inferens) merupakan penerangan / punca /sebab terjadinya perubahan dalam PB(Pemerhatian).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HIPOTESIS


MEMBUAT HIPOTESIS


Pernyataan tentang sesuatu objek/peristiwa berdasarkan pemerhatian yang berupa penerangan yang mungkin betul atau tidak.
Hipotesis dibina berdasarkan inferens yang dibuat.
Hipotesis juga boleh merupakan pernyataan hubungan antara pembolehubah manipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas.


Untuk membina Hipotesis Murid perlu :


Kenal pasti Pemboleh Ubah Manipulasi dan Pemboleh Ubah Bergerak Balas.
Lihat CORAK/POLA/BENTUK dari PM dan CORAK/POLA/BENTUK PB
Hubungkan kedua-dua Pemboleh Ubah dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.


Contoh

Semakin bertambah isipadu air = PM
semakin berkurang suhu air. = PB
Semakin bertambah masa air dipanaskan PM
semakin bertambah suhu air PB
Jika panjang tali bertambah PM
maka nada bunyi gitar berkurang PB
Jika jumlah daun berkurang PM
maka tempoh hayat siput berkurang PB

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMBOLEHUBAH


MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

Sesuatu BAHAN atau OBJEK yang terlibat dalam sesuatu eksperimen.
Ia melibatkan kuantiti fizik seperti isipadu, suhu, jarak, jisim, masa dan sebagainya.

Terdiri daripada 3 Pembolehubah

PM: Pembolehubah Manupulasi (Manipulated Variable)
PB: Pembolehubah Bergerakbalas(Responding Variable)
PML:Pembolehubah dimalarkan (Controlled Variable)

Setiap Pembolehubah mestilah dinyatakan UKURAN (Ciri) dan BENDA yang digunakan dalam eksperimen sepertimana contoh dalam jadual berikut:
UKURAN (CIRI)
OBJEK/ BENDA (BAHAN)
Jumlah
Air
Bentuk
Bekas
Suhu
Kandang
Bilangan
Bunga
Jenis
Permukaan
Masa
Suis dihidupkan
Tinggi
Bayang-bayang
Luas
Permukaan air yang terdedah
Isipadu
Air yang disukat
Berat
Kotak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Funny Animals

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahan Sains Tahun 6

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS