MEMBUAT PEMERHATIAN
Apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu ujikaji, fenomena, gambar rajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat
Pemerhatian:
1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B
2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A
MEMBUAT INFERENS
Suatu penerangan / sebab yang logik berdasarkan Pemerhatian yang telah dibuat terhadap sesuatu fenomena / peristiwa.
Inferens terbahagi kepada 2 :-
i. Inferens bebas/tidak terkawal - Sebarang Penerangan / Sebab / Alasan yang logik diperolehi daripada pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, atau pembacaan. Biasanya mempunyai lebih daripada 1 jawapan.
Contoh:
Pemerhatian:
1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B
2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A
Nyatakan satu inferans berdasarkan pemerhatian yang telah diberikan.
1. Lembu A tidak mendapat makanan yang cukup berbanding Lembu B.
2. Lembu A baka yang kecil berbanding Lembu B.
3. Lembu A berpenyakit berbanding Lembu B
ii) Inferens Terkawal/Jitu – Penerangan / Sebab /Alasan jelas yang telah ditetapkan dengan jawapan yang terhad. Jawapan bagi Inferens Terkawal boleh dirujuk kepada Pembolehubah Dimanipulasi (PM).
Gambar di atas menunjukkan seekor lembu yang diternak oleh Ahmad dalam tempoh lapan minggu
Pemerhatian
Lembu Ahmad lebih besar berbanding minggu pertama
Inferans
1. Mendapat makanan yang berkualiti berbanding sebelumnya.
2. Kandang lebih bersih berbanding sebelumnya.
3. Mendapat rawatan penyakit berbanding sebelumnya
PM(Inferens) merupakan penerangan / punca /sebab terjadinya perubahan dalam PB(Pemerhatian).
Pemerhatian
Lembu Ahmad lebih besar berbanding minggu pertama
Inferans
1. Mendapat makanan yang berkualiti berbanding sebelumnya.
2. Kandang lebih bersih berbanding sebelumnya.
3. Mendapat rawatan penyakit berbanding sebelumnya
PM(Inferens) merupakan penerangan / punca /sebab terjadinya perubahan dalam PB(Pemerhatian).
0 comments:
Post a Comment